Jumaat, 26 Januari 2024

Matlamat Hidup!

Cuba korang tanya orang-orang yang berjaya. Pastinya mereka semua ada matlamat hidup masing-masing. So apa matlamat hidup korang ya? Konfem akan ada orang yang rasa "cliche" dengan soalan aku ni kan? Sebenarnya soalan ni gak la yang aku selalu tanya dekat diri aku sendiri. 

Hidup perlu ada matlamat supaya kita boleh sampai ke destinasi yang ingin ditujui. Pagi tadi aku tanya anak aku apa matlamat hidup dia? Tercengang gak la dia dengan soalan aku tu. Untuk mudahkan aku explain, aku create satu situasi dan tanya dia beberapa soalan..

Aku suruh dia bayangkan yang dia tengah duduk dalam kereta dengan aku. So aku suruh dia pakai seat belt siap-siap. Tapi aku tak start enjin kereta lagi. Lepas tu aku bagitau dia yang kita akan pergi ke mana-mana je bila-bila masa je dari sekarang. So kita ni tak pasti tau pukul berapa kita boleh sampai. Berkerut terus dahi anak aku! "Camtu baik saya tak payah ikut ummi!". 

Alhamdulillah, sel otak pun mula berhubung.. Ada ke yang nak aku sambung lagi story ni? Kalau ada boleh la drop YES dekat komen. Nanti aku sambung story lagi ya. Now aku nak siap-siap bawa anak-anak jumpa kazen diaorang jap.

Gambar hanya sekadar hiasan.
-Sabtu, 27/01/2024-


Ok jom aku nak sambung cerita semalam.. Sebelum tu nak cerita sikit kisah anak aku dengan kazennya semalam. Boleh dikatakan puas gak la anak aku melepas rindu bersama kazennya hingga bersambung episod ke hari Ahad guys! Kebetulan masa dekat rumah parent aku, husband aku call ajak berlibur di i-city waterpark hari Ahad. Husband aku cakap 4 extra tiket dah ready so boleh la ajak family adik aku sekali. Si kecik yang paling hujung tu (Sarah) la yang terpaling excited. Kalau berkesempatan nanti aku share lak pengalaman kami dekat sana ya! Ada ke yang berminat nak tau tu? Korang boleh komen "i-city waterpark".


Ok let's get back to our story semalam.. macam mana aku relate kisah di dalam kereta yang belum pasti bergerak dan sampai di mana tu dengan matlamat hidup.